أماني زهيرة


ENTRY ABOUT SWEETIE FACEBOOK TWITTER +FOLLOW DASH

Monster Talk

Assalamualaikum

Chapter Book

Reading

Monster Talk

Assalamualaikum


: Zahirah Amani
: أماني زهيرة
:Amani Azman
: inamazahirah@gmail.com


Sing a Song

Music

Menyayat Hati




  • Menyayat Hati: Perbualan Jururawat dan Pesakit Pesakit: "Abang jururawat, best bekerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?" Abang misi:→ "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya. Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa." Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?" Abang misi: →"Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best." Pesakit: "Wah, apa dia?" Abang misi: →"Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah. → Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran. → Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan. Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka. Bila dibacakan sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata. →Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran. Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran. Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf. Sedar satu perkara yang sangat penting." Pesakit: "Hm. Apa dia?" Abang misi: →"Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira tika tak datangnya sakit...itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat. →Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti... →dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran? Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya...Allah...Allah... →Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita..kita sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar masa itu apa yang dah kita rugi...Allah..Allah..." Pesakit: "(menitis air mata.....) Abang..bacakan saya al-Quran...saya tak boleh baca..buta tajwid... " Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya. ✔Hampir 9 dari 10 pesakit yang beragama islam yang berada di katil hospital lazimnya memaparkan wajah penuh kesalan serta menyesal, menyesal dan menyesal tak ambil peluang untuk membaca Quran ketika sihat dan berpeluang? ✔Wajah2 gerun dan seram bila ambang maut mendekati? ◆ Anda yang sihat yang membaca sms ini belum terlambat dan pintu taubat luas terbuka untuk kita memulakan sesuatu saat ini.

0 comment[s] | back to top

Kelemahan Iblis
❌Dulu waktu sekolah rendah, kalau DATANG LAMBAT, kena denda kutip sampah sekitar kawsan sekolah. ❌Naik sekolah menengah, kalau DATANG LAMBAT, pengawas ambik nama dan cikgu disiplin akan sebut nama waktu perhimpunan. Kena denda juga kutip sampah atau cuci tandas. ❌Masuk universiti, kalau DATANG LAMBAT ke kuliyyah, lecturer potong 'carry mark'. Ada juga yang terus tak boleh masuk, lecturer kunci pintu. ❌Bila dah bekerjaya, kalau DATANG LAMBAT, bos akan marah, bonus dan kenaikan gaji terjejas. Bahkan kalau selalu sangat, HR akan hantar showcause letter. Tapi... ✅Kalau DATANG LAMBAT solat jemaah, samada tertinggal rakaat pertama atau bahkan kalau datang ketika tahiyyat akhira, Allah tetap beri ganjaran 27 kali pahala. Tak kena tolak jadi 20, 10 atau 7. Tetap juga 27. Cuma pahala afdhalnya yang mungkin berbeza di sisi Allah.. ✅Allahuakbar... Betapa Allah sangat sayangkan hambaNya..😊 Ustaz Azhar Idrus Berkata Kita relax and bace ni Perbualan antara Rasulullah & iblis.. ❓Rasulullah bertanya : “Apa yg kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku hendak solat?” ❗Iblis menjawab : “aku merasa panas dingin dan gementar” ❓Rasulullah : “kenapa?” ❗Iblis : “Sebab setiap seorang hamba bersujud 1X kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat” ❓Rasulullah : “jika seorang umatku berpuasa?” ❗Iblis : “tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka” ❓Rasulullah : “jika ia berhaji?” ❗Iblis : “aku seperti orang gila” ❓Rasulullah : “jika ia membaca Al-Quran?” ❗Iblis : “aku merasa meleleh laksana timah diatas api” ❓Rasulullah : “jika ia bersedekah?” ❗Iblis : “itu sama saja org tersebut m'belah tubuhku dgn gergaji” ❓Rasulullah : “mengapa boleh begitu?“ ❗Iblis : ”sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya, iaitu : 1. Keberkahan dlm hartanya, 2. Hidupnya disukai, 3. Sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dgn api neraka, 4. Terhindar dari segala macam musibah akan terhalau dr dirinya. ❓Rasulullah : “apa yg dapat mematahkan pinggangmu?” ❗Iblis : “suara kuda perang di jalan Allah.” ❓Rasulullah : “apa yg dapat melelehkan tubuhmu?” ❗Iblis : “taubat org yg bertaubat” ❓Rasulullah : “apa yg dpt membakar hatimu?” ❗Iblis : “istighfar di waktu siang & malam” ❓Rasulullah : “apa yg dpt mencoreng wajahmu?” ❗Iblis : “sedekah yg diam2” ❓Rasulullah : “apa yg dpt menusuk matamu?” ❗Iblis : “solat fajar” ❓Rasulullah : “apa yg dpt memukul kepalamu?” ❗Iblis : “solat berjemaah” ❓Rasulullah : “apa yg paling mengganggumu” ❗Iblis : “majlis para ulama” ❓Rasulullah : “bagaimana cara makanmu?” ❗Iblis : “dengan tangan kiri dan jariku” ❓Rasulullah : “dimanakah kau menaungi anak2mu di musim panas?” ❗Iblis : “dibawah kuku manusia” ❓Rasulullah : “siapa temanmu wahai iblis?” ❗Iblis : “penzina” ❓Rasulullah : “siapa teman tidurmu?” ❗Iblis : “pemabuk” ❓Rasulullah : “siapa tamumu?” ❗Iblis : “pencuri” ❓Rasulullah : “siapa utusanmu?” ❗Iblis : “tukang sihir (dukun)” ❓Rasulullah : “apa yg membuatmu gembira?” ❗Iblis : “bersumpah dgn cerai” ❓Rasulullah : “siapa kekasihmu?” ❗Iblis : “org yg meninggalkan Solat Jum'at” ❓Rasulullah : “siapa manusia yg paling membahagiakanmu?" ❗Iblis : “org yg meninggalkan solatnya dgn sengaja” AllahuRabbi.. Jom KONGSI sebarkannya biar bagi 1 dunia tahu apa kelemahan Iblis.

0 comment[s] | back to top

Mizan dan Sirat
Kata ustaz, mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kite akan berada di alam mahsyar.para sahabat rasulullah saw tanye,mahsyar kat mane? Jawab rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mane bumi ini dihamparkan.tak de pokok,tak de sungai,gunung ganang,tempat berteduh dan tiada bertepian.ini terjadi bile makaikat israfil tiup sangka kala pada pertama kali.kali kedua malaikat israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing2 dalam keadaan yang sungguh terpinga2.lalu manusia bertanye sesame sendiri,dimana kita? Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar.bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi adam sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar.rujuk surah yasin ayat 52-54.ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluq pada hari tu.Saidatina Aisyah ra pernah bertanya rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita.lalu dijawab nabi saw dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri.rujuk surah a'basa ayat 37(80:37).
Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang,ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan,dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir.bila sampai di mahsyar,perbicaraan tak berjalan lagi.kena tunggu entah berapa lama.lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah percepatkan hisab.jawab nabi adam dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa.pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi,bermula nabi nuh,musa,isa, dan ibrahim tetapi diorang semua hanya berdoa keselamatan diri masing2.lalu pergi semua manusia kepada nabi muhammad saw,lalu baginda berdoa dan Allah memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.
Bayangkan semasa menanti perbicaraan,ada orang dah mintak kat Allah awal2 agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar.bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kite je,dek padatnya manusia pada hari tu.
Sebelum hisab bermula,kitab3 amalan kite akan turun dari arash.mase tu tahulah kite tangan mane yang sambut kitab tu.kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kite,masih tak menjamin kite ke syurga.kemudian Allah panggil sorang2 untuk dihisab.sebelum Allah mule hisab,Allah suruh kite bace semua amalan yang tercatat dalam buku kite disaksikan semua manusia.tak de satu pun tertinggal.lepas habis bace Allah akan tanye kite 3 soalan. 1)adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid 2)tak ingat 3)apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan.
Setelah ditimbang di al mizan,didapati pahala kite melebihi dosa kita.seolah-olah sikit lagi kite ke syurga,tetapi final check Allah buat.Allah tanye kepada semua orang,siapa yang kenal kita sila tampil kedepan untuk menuntut hak mereka.antara yang mula3 bangun adalah anak isteri keluarga,jiran2,kawan2,etc.jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan,pahala kite tadi terpaksa bagi kat diorang.jika pahala dah habis,dosa diorang pulak kite tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak2 dan isteri).
Kita yang perempuan, jagalah diri kita. Sebab apa yang kita buat tak affect diri kita sorang, tp affect jugak orang2 yang kita sayang. Ayah kita, abang dan adik2 lelaki kita, suami kita. Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka.. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita..
Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat.
Kata ustaz, hidup di dunia janganlah kite kejar populariti,nak terkenal,takut tak tertanggung kesannye kat akhirat nanti.
Kedua,jagalah amanah dan kejujuran kite sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kite akan membantu.
Yakinkah kita tergolong dlm golongan mereka yang terpilih Allah ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang.. Bukan jgk simply boleh masuk dengan baik sorang2.. so jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan.. Moga Allah tolong kita di hari pembalasan nt. Amin..
ps: Kawan yang sharing ni mintak didoakan sekali dalam doa kalian.. Nasihat Ustaz Azhar Idrus Utk perkongsian:
Ketika kita mengeluh:
“eeeiii, aku penat sangat..."
ALLAH menjawab: (وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا) “ Dan KAMI jadikan tidurmu utk istirehat (An Naba' : 9)
Ketika kita mengeluh: “Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku..."
ALLAH menjawab : (لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا) “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan” (Al Baqarah : 286)
Ketika kita mengeluh : “Serabutnyaa..."
ALLAH menjawab : ( أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ) “ Hanya dgn mengingatku hati akan menjadi tenang” (Ar Ra'd : 28)

0 comment[s] | back to top

Kisah Doa Termakbul
l
Kisah seorang abang dan adik. Kedua-duanya anak yatim miskin. Mereka menginap di rumah pusaka peninggalan. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh.Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dan meminta kepada agar dirinya kaya raya hidup mewah.

Si Adik pula, buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas terinsut-insut membaca. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.
Dipendekkan cerita, akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengan abangnya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya. Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes.
Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.
Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan risak: “Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.” Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna. Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.
Ditakdirkan, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa. Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu. Kertas itu tertulis: “Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku” MasyaALLAH… Kebesara Illahi.
Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik. Si Abang mula tersedar, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima dan di makbul oleh ALLAH SWT.
Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang. Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita. "Aku buat beginilah yang jadi begini." "Doa aku makbul!" "Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun." Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.
Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.
Cerita itu sangat menyentuh hati saya. Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga. Kita ini banyak dosa. Terhijab. Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu janganlah berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya. Dan jangan rasa segan meminta orang lain mendoakan kita. Semoga Allah redha dengan kita. Aamiin.

0 comment[s] | back to top

|